Friday, April 17, 2009

Cerita pendek.. : IziKaN Aq mEnJdi SuAra Mu

Kisah ini telah dikirin oleh teman friendsterku..Syahdunya rasa bila cinta kita begitu dihargai...



Izinkan aku menjadi suaramu…

Malam itu, sungai Nil menjadi saksi cinta Farhan dan Balqis. Perasaan cinta Farhan tak dapat dibendung lagi. Esok mereka akan pulang ke tanahair masing-masing sebagai graduan Universiti Al-Azhar dan Farhan tak mahu kehilangan peluang keemasan itu. Dia menyatakan hasratnya untuk masuk meminang Balqis sejurus selepas balik dari bumi mesir ini. Senyuman Balqis cukup untuk Farhan sebagai jawapan dan mahar kepada tepak sirih yang bakal dihantar pihak lelaki nanti. Bagi Balqis, dia juga tidak mahu jika satu hari nanti dia dijodohkan dengan orang yang tidak sefikrah dengannya. Perjuangan dalam jemaah Islam disana tampak hebat sebgai pembantu utama Farhan selaku Amir.
Entah mengapa malam itu terasa singkat sekali, fajar sidiq mula menampakkan diri dan selesai solat subuh, mereka berangkat pulang. Kelihatan beberapa mahasiswa dan mahasiwi merenung keluar dari kapal terbang bagi melihat kali terakhir bumi yang banyak mengajar mereka menyintai Allah.
*** *** ***
Kenapa perlu ada pertemuan jika perlu ada perpisahan. Kerana perpisahan mengajar kita erti rindu, mengajar kita untuk menghargai seseorang dan perpisahan menambahkan lagi rasa sayang sesama manusia. Sudah hampir sembilan bulan mereka diikat dengan tali pertunangan. Farhan mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke peringkat master di Jordan. Manakala Balqis pula sedang berusaha menyiapkan diploma perguruannya di UPSI. Kerinduan yang melanda sejak lima bulan berlalu hanya terubat dengan surat yang diterima saban bulan. Dalam surat yang saban bulan dikirimkan mereka, tak putus-putus mereka menyatakan rasa cinta mereka dan rasa rindu yang sering menyelimuti malam hari. Mereka juga saling memperingatkan bahawa tiada yang lebih layak dicintai selain Allah dan RasulNya..

Bulan November menyaksikan bulan yang paling dramatis buat mereka. Balqis diserang demam panas yang melampau. Hampir seminggu dia telantar dihospital. Akibat dari demam panas yang berlarutan, dia diuji dengan kehilangan nikmat bercakap. Balqis disahkan bisu.. Air matanya sering mengalir mengenangkan nasibnya dan nasib cintanya. Atas rasa tanggungjawab, Balqis menyuruh kedua orang tuanya memutuskan tali pertunangannya dengan Farhan. Memang berat untuk dia merelakan teman sehebat Farhan dalam hidupnya, namun dia terpaksa demi kebaikan Farhan. Balqis malu, dan dia akhirnya membawa diri ke daerah luar bandar. Setelah hampir setahun belajar bahasa isyarat, dia memulakan kehidupan barunya sebagai guru kafa bagi kanak-kanak bisu dan pekak. Baginya ilmu agama ini perlu disampaikan walau dengan apa cara sekalipun. Lama-kelamaan dia merasa bahawa mungkin inilah hikmahnya dia dicabut nikmat untuk bertutur.

Farhan pula hampir tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya melalui telefon, namun setelah menerima warkah terakhir dari Balqis dia akhirnya akur. Tak sempat dia menjelaskan segala-galanya pada Balqis apabila dia gagal untuk menjejaki kedudukan Balqis sekarang.

Kehidupan Balqis bertambah baik saban bulan. Namun dia gagal menyembunyikan rasa rindunya terhadap insan yang selalu ada di dalam hatinya. Di setiap solat, dia berdoa agar dia akhirnya dapat mengatasi masaalah itu. Dia tahu dirinya tidak layak lagi untuk dicintai. Hari ini sudah genap dua tahun dari sejak keberangkatan Farhan ke Jordan. Mungkin Farhan sudah bergelar pensyarah di salah sebuah IPTA sekitar Malaysia ini. Gumam hati Balqis. Itulah cita-cita Farhan selama ini dan menjadi harapan Balqis seketika dahulu. Dia baru saja selesai solat dhuha, kawan serumahnya yang juga kawannya semasa di mesir lari bergegas masuk ke dalam rumah. Dia membawa sampul surat bewarna merah.. Wangi baunya. Seakan-akan kad jemputan kahwin.

"Dari Farhan." Mata Balqis membulat dan mula menakung air.

Hatinya dipujuk agar menerima takdir tuhan. Dia pasrah dengan keputusan Farhan. Dia juga merelakan perkahwinan itu. Dia tahu, Farhan layak untuk menyintai dan dicintai. Perlahan dia membuka sampul surat itu. Hatinya sekali lagi terasa ditampar apabila dia terlihat tulisan "Farhan & Balqis" pada pangkal kad jemputan kahwin tersebut. Belum sempat dia melakukan apa-apa, dedaun pintu rumahnya dikuak. Buat kali pertama dalam dua tahun ini Balqis dapat menatap wajah tampan Farhan. Dalam bahasa isyarat Farhan berkata. "Kita tidak perlu seseorang yang sempurna untuk menjadi teman hidup, tapi kita perlu seorang teman yang membuatkan kita rasa sempurna apabila kita bersamanya. Hampir setahun lamanya saya belajar bahasa ini hanya untuk menyatakan, izinkan aku menjadi suaramu." Airmata Balqis masih mengalir namun bibirnya sudah mula mengukir senyuman dan hatinya sedar akan cinta yang Allah cipta untuk hambanya terlalu agung.
Hargai setiap apa yang kita miliki agar kita tidak menangisi atas kehilangannya…….

Thursday, April 16, 2009

Di tipu @ Tertipu @ Sengaja menipu???

Hari sabtu lepas (11/04/2009) sementara menantikan hubby aku datang jemput aku dr ofis,aku pergilah lunch sorang2 kt Restoran K*W*N** near at my office.Memandang aku gi lunch dh lewat,so lauk pauknyer pun kebanyakan dah abis.Aku amik lah nasi ngan ikan aya (Also knows as ikan tongkol) singgang seketul , ulam skit n air kosong. Seorang pelayan datang kira n di selitkan kertas harga makanan. Aku tgklah harga makanan tu..Whatt????Dengan lauk yang biasa2 jer dia leh letak harga Rm 5..mahal nk mampos..tp aku merungut dalam ati jelah..heheheh.Pastu datang lak seorang lagi pelayan dia tanya aku " dah kira ke kak? aku jawab lom..hehehe aku sajer je jwb camtu sbb aku nk compare dgn harga td..so budak tu pun kiralah makanan aku tu,tup2 aku tgk dia bagi harga RM 3.30. Wei, aku confius campur angin lah..sesuka ati diorang je erk nk letak harga..so pas jer makan aku bawak 2,2 keping kertas tu g kt Kaunter.Ada la Tuan kedai dia kt situ..aku x tunjuk pun 2,2 kertas tu tp aku direct tanya pada tokei dia tu..Konon ada strategi lah huhuhu

Aku : "Bang, td sy amik nasi putih,ikan singgang seketul n ulam skit,pastu minum air kosong,berapa yea?
....dan tuan kedai melayu tu sibuk arr tekan calculator bagai mcm lah byk sgt aku makan..huh, simple calculate pun x leh ker???sah2 matematik x lulus ms sekolah dulu hahahahah (ketawa jahat nih)

TK : Rm 4 lah dik

Aku : Yeker? td diorang kira kt saya 1 Rm5.00 n 1 lg 3.30,skrg abg kira lak Rm 4.00.. camner ni
bang,takanlah tiga org kira,harga lain2 kot..maner perginya list price kedai ni..kalo gini lah di kira
menipu pelanggan nih....
......Aku masih lg soft spoken walaupun ati aku marah bangat nie..

TK : "Sbnrnya sy dh bg tau dah budak2 tu letak harga ikut senarai harga makanan,tp mungkin diorang x ingat
kot.."
.....wah senangnya menjawab...Cam gitu jer????

Aku : "Lain kali sila lah letak harga makanan tu supaya senang customer tgk, dh byk kali dh sy perasan kedai
nie letak harga sesuka ati jer walaupun kami makan benda yang sama tiap2 ari..saya sbg pembeli pun rasa
tertipu kalo selalu camni..saya td leh jer kalo bg duit 3.30 tanpa tanya balik harga sebenar tp sebab
tanak makan yang x berkat sbb tu sy tanya..

TK : "Mintak maaflah dik,Di jamin lepas ni x de lg perkara gini ...n bla bla bla bla

Aku : "Harap2 gitu lah bang, cakap sajer x guna,kna buat dulu baru org percaya
(terus letak duit Rm 4 n terus blah)
Sampai ari nie aku lom g lg g kedai tu..Bukan Boikot tp aku dah jupa kedai baru yg selam ni aku x perasaan pun kewujudannya..hahahaha

Korang pernah kna tak mcm yg aku pernah kna nie? mmg sakit ati kan..??Sebenarnya senario ini aku selalu jugak aku mengalaminya di Pasaraya seperti G*a*T ,T*SC* n M*D*N..Harga di barang lain tp bla di Scan Kuar harga lain..Kadang2 kalo beli barang banyak penuh troli tentu dh x perasan harganya.Dapat bil baru terngaga..So,kwn2ku..kita sebagai pengguna kna lah selalu prihatin supaya kita tidak jd mangsa penipuan peniaga..Renung2kan dan selamat beramal..hehehe

my feeling..jiwang skit

this lyrics make me cry……so touching!!!!
suke giler lagu nie..simple but nice song… B..this song dedicated for u huhuhu

Tanpa - Sixth Sense

ResahYang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

(Korus)
Tanpa cintamu aku resah
Tanpa kasihmu aku hampa
Tanpa dirimu aku mati..


Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut.. Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati

Resah
Yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyianT
anpa engkau aku tak mengerti

Kreativiti pelajar UMT



ini adalah berita dalam KOSMO semalam.. oleh kerana aku pun budak marketing kat UMT @KUSTEM dulu so aku berbangga lah ngan junior2 aku nih.En.Semanat tu lecturer aku masa aku amik management marketing dulu.Terima kasih atas ilmu yg di curahkan..

Kreativiti pelajar UMT
Dalam anugerah ini, sebanyak 27 iklan telah dipersembahkan oleh para pelajar universiti berkenaan.
JUARA kumpulan iklan Adidas, Mohd. Saufiq (tengah) diapit oleh Pei Yee (kiri) dan Lee Fong (kanan) bersama anugerah masing-masing di UMT, Kuala Terengganu.
PAPARAN mengenai kisah seorang pelajar sekolah yang teringin membeli sepasang kasut bola sepak dipilih sebagai iklan terbaik pada Majlis Anugerah Iklan (MAI) 2009 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu baru-baru ini.
Klip video yang dihasilkan oleh tiga pelajar Jabatan Pengurusan dan Pemasaran, Mohd. Saufiq Ghazali, Ong Pei Yee dan Tan Lee Fong itu menewaskan 26 iklan lain yang turut dipertandingkan.
Menurut Mohd. Saufiq, mereka memilih untuk mempromosikan jenama Adidas di dalam klip video iklan yang memakan masa 2 minit 34 saat itu.
Katanya, kerja-kerja mengarah dan menghasilkannya dibuat selama dua minggu selepas idea asalnya beberapa kali diubah mengikut kesesuaian.
"Saya tidak sangka iklan yang kami hasilkan ini dipilih sebagai pemenang kerana persaingan kali ini sangat sengit. Ini kerana saya lihat banyak lagi iklan-iklan lain yang tidak kurang menariknya berjaya dihasilkan," katanya kepada Kosmo!.
Beliau yang gembira dipilih sebagai pemenang berkata, kemenangan itu sedikit sebanyak membantunya meningkatkan Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang dikumpulnya sepanjang semester pengajian.
Lebih membanggakan, pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) yang bertindak sebagai ketua kumpulannya turut diumumkan sebagai Pengarah Iklan Terbaik.
Majlis kali kedua yang diadakan ini, antara lain bermatlamat memenuhi keperluan asas subjek Komunikasi Pemasaran (PGN 4309) untuk pelajar tahun akhir.
Pada tahun ini, pertandingan tersebut diadili oleh pensyarah Jabatan Komunikasi dan Bahasa, Fakulti Pengurusan Ekonomi, Mohammad Mahdi Abas; Pengarah Teater Kelab Budaya UMT, Saripuddin Marzuki dan wartawan eksekutif Kosmo!, Haradian Shah Hamdan.
Dalam anugerah itu, sebanyak 27 iklan telah dipersembahkan oleh para pelajar universiti berkenaan.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik pasukan CIMB Cliks dan SSPN, manakala iklan Vicks dan Pati Ayam Brand Merah di tempat keempat dan kelima.
Penyelaras program, Semanat Abu Bakar berkata, MAI 2009 diadakan bagi menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis serta berdaya saing.
Menurutnya, ia turut merangsang pelajar mempraktikkan apa yang dipelajari di bilik kuliah kepada tugasan kursus yang diberikan di luar bilik kuliah.
"Dengan adanya pertandingan seumpama ini, kami dapat mencungkil bakat pelajar dalam menghasilkan filem iklan dan dokumentari yang bermutu," katanya.
Beliau menegaskan, pelajar perlu mempelbagaikan kemahiran terutamanya dalam akademik dan bidang lain sebagai persiapan menghadapi alam pekerjaan setelah tamat belajar kelak.
"Anugerah ini juga membantu mewujudkan semangat kerja berpasukan serta menjadi perintis kepada generasi masa depan untuk menjadikan acara ini sebagai acara tahunan,'' tambahnya.
Dalam pada itu, Pengarah Program, Mohammad Radzi Ramli memberitahu, proses penilaian dilakukan dalam masa dua hari dan melibatkan tiga juri khas.
"Panjang setiap iklan tidak boleh melebihi tiga minit manakala tempoh minimumnya adalah 1 minit 30 saat.
"Iklan yang mudah difahami, ada unsur tidak diduga, pujukan yang kuat, berjaya memainkan emosi penonton, kreatif dan gaya bahasa yang menarik menjadi antara aspek yang dinilai juri," katanya.
Katanya, sehari sebelum MAI 2009 berlangsung, ketiga-tiga juri telah meluangkan masa lebih enam jam untuk menonton dan menilai kesemua 27 klip video iklan tersebut. - NORZASRUDIN MOHAMED NOR

Tuesday, April 14, 2009

Thursday, April 9, 2009

Aku budak baru belajar

Selama ni aku suka sgt baca blog2 orang ,so arini aku cuba miliki blog sendiri pulak,meskipun aku ragu-ragu untuk punyai blog sendiri..Thanks to my best friends Cik Normah aka Fatin nabila sbb slalu support aku untuk berblogging.